Bola SepakSukan

Aksi cemerlang Chelsea

Selepas beraksi cemerlang di gelanggang lawan dengan menewaskan Newcastle 2-0, Chelsea kini menduduki takhta Liga Perdana Inggeris.

Seawal minit ke-9 Chelsea mempamerkan keunggulan apabila menjaringkan gol pendahuluan hasil kesilapan pertahanan lawan tertampan bola ke gawang sendiri.

Hantaran lintang Mason Mount gagal dikeluarkan oleh pertahanan Newcastle, Federico Fernandez yang diasak oleh seorang lagi pemain Chelsea Ben Chilwell.

Separuh masa pertama berakhir kekal kedudukan 1-0, walaupun Chelsea mengawal perlawanan dan mempunyai banyak peluang, tetapi tersia-sia akibat kegagalan penyudahan.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button