pilihanSukan

Akibat rusuhan penyokong bola sepak, kehilangan 127 nyawa di Indonesia harus dibanggakan!

Bertepatan dengan nama kawasannya, Malang di Indonesia, kehilangan 127 nyawa akibat rusuhan penyokong bola sepak di di Stadium Kanjuruhan adalah sesuatu yang harus dibanggakan.

Tanpa rusuhan penyokong bola sepak yang mewakili warga Indonesia berfikiran tinggi, sudah pasti perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya hanya diketahui orang-orang Indonesia sahaja.

Namun demikian, tahniah kepada Arema yang tewas 3 – 2 kepada Persebaya kerana ramai peminat bola sepak daripada pelbagai negara tidak menyangka Indonesia begitu rakus.

Mana tidaknya, kalah sahaja, ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka dan penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur dengan penuh ghairah.

Lebih menarik, kehilangan 127 nyawa itu bukan sahaja akibat rusuhan penyokong bola sepak Indonesia sebaliknya turut dikatakan berpunca daripada tindakan pihak polis Indonesia.

Melihat keadaan tegang, pihak polis Indonesia melepaskan gas pemedih mata dan rupa-rupanya dengan tindakan itu, keadaan jadi lebih rumit serta kelam-kabut.

Tahniah kerana berita sukan bola sepak berganti tragedi melibatkan 127 mangsa mendunia sejak awal pagi tadi kerana sikap penyokong bola sepak Indonesia adalah sesuatu yang luar biasa hebat!

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button