fbpx
Nasional

Ahmad Maslan, Shahrir Samad tenang

Bicara kes pengubahan wang haram

LAGI pemimpin UMNO Barisan Nasional dihadapkan ke mahkamah.

Pagi ini, giliran bukan seorang tetapi dua pemimpin yang nasibnya ditentukan oleh mahkamah.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas dua pertuduhan termasuk terlibat dalam pengubahan wang haram.

Ahmad yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan tenang dan sempat menunjukkan ciapannya.

Turut hadir sebagai tanda sokongan moral kepada Ahmad yang menafikan menerima dana 1MDB dalam bentuk cek tunai ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan, Tan Sri Anuar Musa, Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajidi Dusuki dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu, Tan Sri Shahrir Samad juga dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu bakal berhadapan dengan tuduhan yang sama. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button