BeritaNasional

Negaraku dalam Mandarin: KPM kesal, akan ambil tindakan

KUALA LUMPUR – Pengubahsuaian terhadap lagu kebangsaan, Negaraku dalam apa jua aspek adalah tidak wajar dan dilihat bertentangan dengan Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Malah video tular baru-baru ini berkenaan sekumpulan pelajar sekolah kebangsaan menyanyikan lagu kebangsaan dalam Bahasa Mandarin juga tidak sepatutnya berlaku.

Hal tersebut ditegaskan sendiri oleh Kementerian Pendidikan yang memandang serius terhadap pihak yang cuba melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Negara sama ada secara sengaja atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat selepas sebuah video tular dan mengundang kemarahan rakyat Malaysia apabila lagu kebangsaan yang dicipta dan perlu dinyanyikan dalam Bahasa Melayu sengaja diubah suai.

Kementerian dalam kenyataan sama turut mendedahkan tindakan menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin tidak berlaku dalam sebuah sekolah sahaja.

“Kementerian mengambil maklum mengenai penyebaran video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke Bahasa Mandarin dan bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan yang sedang tular dalam media sosial.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang juga berlaku di beberapa sekolah lain.

Terdahulu, video yang dimuatnaik page Facebook Sedar Malaysia itu mengundang reaksi negatif daripada netizen dan mahukan tindakan tegas diambil terhadap pihak terbabit.

Menurut mereka, video berdurasi satu minit 23 saat itu mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan netize yang menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Lagu Kebangsaan 1968. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button