Pendidikan

Dalam masa singkat akademi Al Quran AKMAL berjaya lahirkan pelajar hafal 30 juzuk

AKADEMI Al Quran Amalillah (AKMAL) dari Terrenganu telah mengadakan satu Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 5.0 bersama 86 pelajar yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran serta pelajar Syahadah Al Quran bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Dalam majlis tersebut turut dimeriahkan oleh Mantan Naik Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang dan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.

Antara pelajar terbaik dalam majlis itu adalah Noor Zakiyyah Amalin Binti Tajuk Arif yang berusia 18 tahun berjaya menjadi hafizah Al Quran dalam tempoh 10 bulan 16 hari selain itu remaja itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 12A baru-baru ini.

Noor Zakiyyah Amalin Binti Tajuk Arif yang berusia 18 tahun berjaya menjadi hafizah Al Quran dalam tempoh 10 bulan 16

Selain itu anak personaliti TV iaitu Aidid Marcello dan isterinya yang juga bekas penyampai berita, Norzie Pak Wan Check turut diraikan dalam majlis gradusi tersebut.

Aidid Marcello sedang menyampaikan watika untuk anak lelakinya

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin berkata, Akademi Al Quran Amalillah mengambil pelajar seawal usia 10 tahun menggunakan kaedah ‘fast track‘ bagi hafazan 30 juzuk Al Quran dengan sasaran hafiz dalam tempoh setahun Ia diciptakan untuk memudahkan anak-anak menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat.

“Dengan mengaplikasikan strategi program Speed Tahfiz, Modul AKMAL menyajikan pendekatan yang unik dengan mengintegrasikan sistem hafalan, dorongan motivasi harian, kajian pelajar yang berfokus, dan pengurusan psikologi.


“Impian AKMAL, ingin melihat, para pelajar menjadi hafiz 30 juzuk Al Quran di usia muda sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah” katanya.

AKMAL berharap dapat melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bukan sahaja menghafal Al Quran tetapi berjaya Syahadah di mana memiliki kemahiran teknik hafazan berstrategi dalam masa setahun atau kurang.

“Bukan itu sahaja, kami juga ingin melihat lebih ramai golongan intelektual mahir dan menghafal Al Quran dapat dilahirkan pada masa akan datang.

“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berketrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.

AKMAL yang berpusat di Marang, Terengganu dan telah beroperasi sejak lima tahun lalu memiliki lima cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Sepang dan Shah Alam, Selangor serta di Batu Pahat, Johor.

Artikle Berkaitan :>

KUIPs perkenal “fast track”, Micro Credential kepada pelajar tahfiz

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button