Agama

Yang Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Kebanyakannya Semua Baik-Baik, Disayangi Ramai

Angka kes COVID-19 tinggi, itu satu hal. Yang pergi awal menghadap illahi pun satu hal namun jika mengamati dari sudut positif, yang pergi awal semua baik-baik dan disayangi ramai.

Jika tidak, masakan nama mereka dan kisah mereka semasa hidup dikongsi semula oleh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan lama yang pernah mengenali mereka.

Apabila nama mereka yang sudah pergi menghadap ilahi ini ‘dipetik’ dengan ucapan takziah dan al-Fatihah, semasa hayatnya pasti ada kebaikan yang dibuat sampai orang terkenang.

Jarang penulis membaca cerita mereka yang meninggal dunia dikeji, dicaci dan dihina kerana dendam, benci dan sebagainya tetapi yang tertulis, kebanyakannya yang indah-indah.

Seperti menyokong satu ungkapan emas, akan tiba pada akhir zaman, yang akan meninggalkan dunia terlebih awal adalah orang-orang yang baik, beriman dan seangkatan dengannya.

Yang tinggal di bumi yang semakin uzur ini pada satu masa nanti, golongan yang terasing dengan agama, Islam, kebaikan dan sebagainya sekali gus hidup cuma menyalahkan takdir sahaja.

Sehinggalah Dajjal al-Masih muncul mendakwa dirinya Tuhan, orang-orang yang sudah beriman sudah ramai meninggal dunia, yang tinggal cuma saki-baki sahaja.

Selain itu, yang tinggal adalah golongan yang takut mati, cinta akan dunia dan tidak pernah tahu atau diberitahu bahawa hidup di dunia cuma sementara dan akhirat adalah kekal selamanya.

Kesimpulannya, usahlah meratapi ahli keluarga yang tersayang pergi menghadap ilahi dengan menyalah pandemik dunia dan sebagainya.

Allah SWT memberi mereka peluang untuk berhijrah ke alam lain menerusi ‘jihad’ dan bukanlah ini satu nikmat yang tidak semua akan melaluinya?

Berapa ramai pula umat Islam menyedari pesakit COVID-19 itu sedang berjihad? Bisikkan kepada ahli keluarga yang beriman, jika matinya ketika berjihad, jaminan syurga adalah tempatnya!

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button