Hiburan

Ahirine Ahirudin pegang watak Ana dalam filem Tebus

Filem Tebus terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn Bhd, akan disiarkan platform penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS), iaitu Prime Video, mulai hari ini.

Penerbit Eksekutif Tebus, Jason Chong berkata, peluang menayangkan Tebus melalui Prime Video yang juga platform di bawah syarikat teknologi multinasional terkemuka AS, Amazon, dianggap pencapaian membanggakan bagi filem tempatan.

“Kalau lihat industri perfileman sudah semakin rancak, malah ada pelbagai platform yang membuka ruang kepada pembikin filem untuk ketengahkan naskhah ke pasaran yang lebih jauh.

“Jadi, apabila Tebus ditayangkan di Prime Video, saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk industri filem tempatan mendapat tempat di peringkat lebih besar,” katanya pada sidang media selepas sesi pratonton filem Tebus di GSC The Starling di sini, hari ini.

Chong berkata, tayangan di Prime Video membuka laluan pengkarya tempatan mengetengahkan budaya rakyat Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Selain masuk ke pawagam atau sertai festival filem, tayangan di platform penstriman memberi peluang kepada pembikin filem mengetengahkan kerja, budaya dan bahasa dalam naskhah Malaysia kepada penonton di luar negara,” katanya.

Tebus yang berdasarkan hasil tulisan Sky Khor, menampilkan Aedy Ashraf dan Ahirine Ahirudin sebagain tunjang utama. Filem ini juga membariskan Idan Aedan, Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marisa Yasmin.

Sementara itu, Chong berkata, filem Tebus memiliki keunikan yang mampu membuat penonton berfikir.

“Suatu perkara yang tidak boleh dinafikan, kita hidup dalam dunia yang penuh konflik. Sama ada peperangan antara negara, skandal tanpa penyudah dan perebutan kuasa.

“Namun, tanpa disedari, kita juga secara peribadi berdepan dengan konflik yang ‘membunuh’ jika tidak dikendalikan dengan baik.

“Tebus akan menjadi sebuah naskhah yang mengajak kita berfikir bahawa manusia boleh berubah kerana banyak perkara sama ada ia baik atau buruk,” katanya.

Tebus memaparkan kisah pengawal keselamatan, Johan lakonan Aedy yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan).

Akibat terdesak, Johan melakukan perbuatan jahat itu. Namu, perancangannya tidak lancar apabila bapa tiri Ana, iaitu Bakar (Azhan) tidak mahu membayarnya sesen pun selepas melakukan penculikan.

(Visited 1,039 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button