Rencana

Mengapa lawan serang Ismail Sabri?

BEBERAPA hari ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diserang bertubi-tubi oleh lawan. Dia digambarkan sebagai pemimpin yang lemah dan gagal menguruskan ekonomi negara.

Bahkan beliau selaku Perdana Menteri dikatakan takut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pelbagai pihak juga cuba menimbulkan keraguan keikhlasan Barisan Nasional (BN) menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ untuk pilihan raya kali ini.

Punca serangan itu dituju kepada Ismail Sabri kerana beliau telah melunaskan semua janji termasuk dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lalu.

Ini menjadikan pihak lawan kehabisan modal.

Selama 22 bulan memerintah PH gagal menunaikan manifesto hinggalah mereka tumbang dek krisis politik sesama mereka.

Ismail Sabri berjaya melaksanakan reformasi politik apabila membawa kerajaan dan pembangkang duduk semeja ketika menghadapi pandemik Covid-19 dan berjaya membawa negara keluar ke fasa endemik.

Ini sekaligus membolehkan sempadan negara dibuka dan ekonomi negara kembali bergerak selepas pegun ketika pandemik.

Semasa pemerintahan beliau jugalah undang-undang anti-lompat parti dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Dalam tempoh setahun juga beliau menyelesaikan pelbagai isu berkaitan tuntutan Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963.

Perdana Menteri memberi jaminan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.
Ismail Sabri yang juga Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 memastikan majlis khas itu bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri itu.
Kerajaan juga komited menghapuskan jurang pembangunan dan ini dibuktikan dengan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sabah, manakala RM4 bilion untuk Sarawak pada tahun ini, bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 yang diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada 14 Dis 2021, bukti kerajaan serius mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Usaha itu selaras dengan agenda transformasi kerajaan, untuk mengembalikan keyakinan rakyat termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan, demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosioekonomi mampan.
Sebelum membubarkan Parlimen Ismail Sabri sekali lagi membentangkan bajet yang bakal menjadi senjata untuk berdepan situasi ekonomi yang semakin buruk pada tahun hadapan sebagaimana diramalkan seluruh dunia.
Beliau telah membuktikan sebagai pemimpin yang “cakap serupa bikin” terpulanglah kepada rakyat untuk memberi mandat besar kepada beliau dan Barisan Nasional membentuk kerajaan yang stabil serta menghadapi tantangan yang mendatang dengan mantap. -SM
(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button