Jenayah

Kanak-kanak didera sehingga badan berlubang kini bersama Ayah kandung selepas setahun

Baru-baru ini telah tular berkenaan isu penderaan kanak-kanak berusia 7 tahun yang berlaku di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor dan mendapat perhatian orang ramai.

Dipercayai, mangsa didera oleh ibu kandungnya sendiri dan rakan tomboy yang mengaku pasangan ‘suami isteri’
Selepas diserbu oleh jiran terdekat dan pihak terlibat kini difahamkan kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil selepas berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Ibu mangsa yang memakai tudung bewarna hitam dan pasanganya Tomboy

Kanak-kanak tersebut kelihatan ceria setelah bertemu bapa kandungnya selepas melihat beberapa video yang tular dan dimuat naik oleh bapanya.

Menurutnya bapanya yang dikenali Amirul Haizad, dia sudah lama mencari anak kandungnya yang dibawa lari oleh bekas isterinya sejak 5 September 2022.

Bapa kandung berjumpa mangsa

“Alhamulilah, jumpa balik harta dunia akhirat aku. Anak yang tak pernah aku naik tangan kat depan. Selama ini aku diam ja.

“Bukan baru muncul. Anak yang saya cari selama setahun lebih, bekas isteri saya bawa lari depan dari saya. Dah blok saya, dia bawa lari 5 September 2022,” tulisnya di ruang media sosial Tiktok.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan kejiranan kerana prihatin dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada terus menjadi mangsa penderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan pihak polis telah menahan reman pasangan terbabit (ibu mangsa & rakan tomboy) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari. Malah, pihak polis turut merampas dua batang rotan bagi membantu siasatan.

Dipercayai Ibu mangsa dan rakannya tomboy mendera kanak-kanak sehingga badan berlakang berlubang

Hasil semakan rekod mendapat kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.

@amirulhaizad55

apa yang papa buat untuk anak2 papa tu antara papa ngn Allah..janji papa sayang anak2 papa..anak2 papa dunia akhirat papa..#iloveyoumyson

♬ suara asli – xxput_ri – mamah Eca

Artikle Berkaitan:>

Talian Kasih 15999 untuk mangsa penderaan Wanita dan Kanak-Kanak

 

Penjaga kanak-kanak tujuh tahun didera belum dimuktamadkan

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button