Lukaku ‘tenggelam’ di Etihad
ROMELO Lukaku seakan tenggelam pada perlawanan Manchester City menentang Chelsea. Tampil selama 90 minit, sumbangannya kepada The Blues sangan minimum.
Chelsea tumbang 0-1 kepada Man City di Stadium Etihad Stadium pada Sabtu. Gol kemenangan tuan rumah muncul hasil sepakan jarak jauh Kevin De Bruyne pada minit ke-70.
Sepanjang 90 minit, Chelsea memang sukar mengimbangi tekanan The Citizens. Ini dapat dilihat apabila Man City melakukan 11 percubaan dengan enam tepat ke gawang.
Sementara, The Blues hanya sekali mengancam gawang Man City hasil kawalan Ederson dari empat cubaan yang mereka lakukan.
Romelu Lukaku yang diharap mampu menjadi tumpuan untuk mendapatkan gol bagi Chelsea, tetapi dia seakan-akan tenggelam sepanjang 90 minit perlawanan.
Lukaku cuma menghasilkan satu cubaan selain hantaran-hantaran yang tidak tepat.
Lukaku juga selalu kalah dalam tujuh kali perebutan bola, sedangkan posisi Lukaku sangat penting dalam pertembungan ini.
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, mengakui sumbangan Lukaku sangat minimum sepanjang 90 minit perlawanan. Prestasi bekas penyerang Inter Milan ini jauh meleset dari apa yang diharapkan Tuchel.
“Kami kehilangan bola terlalu mudah. Romelu Lukaku kadang-kadang perlu memberikan sumbangan dalam perlawanan. Dia sering kehilangan bola dalam situasi yang sangat memerlukan, dan pada saat punya peluang besar,” ujar Tuchel kepada BT Sport.
“Tentu saja kami ingin melayaninya, tetapi dia adalah sebagian daripada pasukan dan dengan kedudukannya di depan, harusnya mampu melakukan jauh lebih baik. Kami tidak memiliki cukup peluang – kami mampu memiliki lebih banyak lagi jika kami bermain dengan waktu dan ketepatan yang lebih baik,” jelasnya.
Kekalahan ini menjadikan Chelsea semakin jauh tertinggal dari Man City di puncak liga. Pasukan dari London itu berada di tangga kedua dengan 43 mata berjarak 13 mata dari Man City yang unggul di atas.