Sukan

Juarai sukan tenis, 3 ‘puteri’ Malaysia tawan pentas antarabangsa

Tiga ‘puteri’ dari Malaysia telah mengharumkan nama negara dalam sukan tenis apabila menjadi juara dalam pertandingan Tenis Remaja Dunia Asia/Oceania 2023.

Pertandingan itu diadakan di Colombo, Sri Lanka dan ketiga-tiga mereka adalah Daniaa Daniela Abd Hazil, Lynn Lim dan Raihan Muhammad Azhari.

Dalam pertandingan itu, kumpulan remaja wanita ini telah menunjukkan pihak lawan, Singapura dengan mata 3-0 dan berita kejayaan ini mendapat perhatian dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga remaja wanita ini atas usaha yang dipamerkan.

“Moga kejayaan mendorong lebih ramai bakat muda mengharumkan nama negara di pentas dunia!” ujar Anwar menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasminya.

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button