Luar Negara

89 PATI warga Myanmar ditahan Thailand

Tak sempat masuk Malaysia

POLIS Thailand menahan 89 warga Myanmar termasuk sembilan wanita dipercayai cuba menyeludup masuk ke Malaysia, di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand.

Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Thawatchai Duksukkaew berkata, kesemua mereka ditangkap dalam dua serbuan pada Sabtu lalu di dua rumah sewa di Tak Bai.

Tiga trak pikap yang dipercayai digunakan untuk menghantar warga Myanmar terlibat turut dirampas.

“Siasatan awal mendapati kesemua warga Myanmar itu sedang menunggu masa yang sesuai untuk memasuki Malaysia.

“Polis sedang memburu empat lelaki tempatan yang merupakan pemandu trak pikap yang telah meloloskan diri ketika serbuan,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Sementara itu, Ketua Tentera Wilayah Narathiwat, Chalermporn Khamkhiao berkata, pihak berkuasa Thailand akan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang penyeludupan manusia. – SM

 

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button