Luar Negarapilihan

Enam nyawa terkorban dalam pertunjukan pesawat era Perang Dunia Kedua

Dua pesawat era Perang Dunia Kedua telah berlanggar lalu terhempas ketika melakukan pertunjukan udara di negeri Texas, Amerika Syarikat.

Insiden itu dipercayai mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa.

Rakaman menunjukkan pesawat yang sedang terbang itu bertembung antara satu sama lain pada ketinggian rendah, menyebabkan salah satu pesawat terbakar dan terbelah kepada separuh.

Pesawat itu – salah satunya Boeing B-17 Flying Fortress – mengambil bahagian dalam pertunjukan udara.

Tidak jelas berapa ramai orang yang berada di dalam kedua-dua pesawat itu, tetapi dua mangsa disahkan meninggal dunia.

Persatuan Juruterbang Bersekutu, yang mewakili juruterbang American Airlines berkata, Terry Barker dan Len Root – dua daripada bekas anggotanya – adalah antara individu yang maut dalam perlanggaran itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pihaknya akan menyiasat nahas di Pertunjukan Udara Wings Over Dallas pada hari Sabtu, yang digambar sebagai pertunjukan perdana udara WW2 Amerika Syarikat.

Acara tiga hari itu diadakan sempena Hari Veteran, iaitu pada hari Jumaat, dan antara 4,000 dan 6,000 orang menonton persembahan itu.

Datuk Bandar Dallas Eric Johnson menyiftakan ia sebagai “tragedi yang dahsyat”.

“Video itu menyayat hati,” tulisnya di Twitter.

Jumlah mangsa yang terkorban masih belum disahkan, tetapi menambah tiada sesiapa yang menyaksikan persembahan itu cedera.

Pengebom B-17 memainkan peranan utama dalam memenangi perang udara menentang Jerman dalam WW2.

Pesawat kedua, P-63 Kingcobra, adalah pesawat pejuang yang digunakan dalam perang yang sama, tetapi digunakan dalam pertempuran hanya oleh Tentera Udara Soviet.

B-17 biasanya mempunyai krew kira-kira empat hingga lima orang, manakala P-63 mempunyai seorang juruterbang, kata Hank Coates, dari tentera uUdara yang menganjurkan acara itu.

Namun beliau tidak dapat mengesahkan jumlah kematian.

“Ini adalah pertunjukan udara jenis demonstrasi penerbangan WW2 yang mana kami menonjolkan pesawat dan keupayaannya,” katanya. – Agensi

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button