BeritaNasional

6 lagi kematian akibat Covid-19

Sebanyak enam lagi kematian dan 629 kes baru Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada kes baru itu, 627 kes melibatkan penularan tempatan dan dua kes import, katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung melalui Facebook KKM.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula melonjak menjadi 6,329 kes pada hari kesebelas peningkatan rekod tertinggi baru.

Pecahan kes antaranya, Sabah (489), Selangor (50), PP (33), Labuan (19), KL (10), Perak (9).

Makluman ringkas KKM kes Covid-19 hari ini:


Kes sembuh=245

Jumlah kes sembuh= 12,259 kes

Kes positif= 629

(kes import=2, kes tempatan=627)

Jumlah positif= 18,758 kes

Kes kematian=6

Jumlah kes kematian= 176 kes

Kes dirawat di ICU= 99 kes

Bantuan Alat Pernafasan= 31 kes

(Visited 12 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button