fbpx
BeritaPolitik

Ahmad Maslan kembali usik SST

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kembali mencuit netizen apabila mempersoal caj  enam peratus cukai jualan dan perkhimatan (SST).

Menerusi ciapan dalam akaun Twitternya, Bekas Timbalan Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mempersenda cukai SST dan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang perlu dibayar selepas makan di sebuah restoran.

“Makan tujuh orang RM66. Eh ada enam peratus SST. Kata sudah tiada enam peratus GST.

“Tetapi masih ada pun SST. Ditambah lagi 10 peratus tak nampak elemen SST, sales tax bahan-bahan, alat-alat, bungkusan dan lain-lain.

“Rupanya lagi teruk daripada GST. Rakyat terperdaya. Itu belum lagi cukai baru yang macam-macam,” sindirnya.


Netizen balas

Ciapannya itu juga mengundang rasa geli hati netizen, ada yang bersetuju dan sebaliknya terhadap kenyataan beliau.
“Datuk, belanjalah sekali makan piza,” balas @RyoMusashi.

“Alah, ingat makan piza, ingat makan nasi beryani goreng. Kamon Mat,” komen @MrAminAziz1.

“Jangan piza jika tak mahu bayar cukai perkhidmatan, makan dekat warung,” kata @adzlanjazlan.

“Dia ingat orang makan piza hari-hari. Barang keperluan penting yang utama macam minyak masak, beras harga sudah turun tak mahu pula kecoh.

“Makan lagi duit haram itu yang kepala jadi benak sangat,” ciap @EppyFizul.

“Itu kurang daripada RM10 seorang makan kat fast food chain. Hang nak berkira tahap mana lagi Ahmad woi?” soal @lusmaRiff. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button