Sukan

48 pasukan sertai Liga Bola Sepak Segambut bawah 10 & 12 tahun – Hannah Yeoh

Kerana sambutan yang sangat menggalakkan, sebanyak 48 pasukan telah menyertai Liga Bola Sepak Segambut bawah 10 tahun dan 12 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau gembira melihat banyak ibu bapa hadir memberi sokongan penuh kepada anak-anak.

“Aktiviti sukan pada hujung minggu harus diperbanyakkan sebagai amalan ke arah gaya hidup sihat. Sukan adalah instrumen terbaik untuk perpaduan rakyat yang merupakan satu daripada fokus Kerajaan Perpaduan.

“Syabas kepada Majlis Perwakilan Penduduk Segambut Sub Zon 4 dan Pertubuhan Generasi Milenium Malaysia yang menjayakan penganjuran liga bola sepak ini,” katanya.

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button