Uncategorized

4,000 pokok Musang King dimusnahkan

Lebih 5,300 pokok pisang, 4,000 pokok durian musang king dan 1,300 durian Duri Hitam telah ditebang oleh Pejabat Hutan Daeran Raub.

Kesemua pokok itu ditanam secara haram di kawasan seluas 16.2 hektar di Kompartmen Satu, Hutan Simpan Sempam Hutan Simpan Sempam, Mukim Tras.

Pegawai PHD Raub, Shahril Mohamad, berkata, pihaknya turut bertindak merobohkan pondok yang digunakan sebagai tempat tinggal 10 hingga 15 pekerja ladang haram itu.

Operasi memusnahkan kesemua pokok berkenaan disertai oleh 14 kakitangan dan dibantu Unit Tindakan Khas Raub dan Polis Diraja Malaysia.

Memetik laporan berita harian, operasi dijalankan pada pukul 9 pagi semalam.


“Ketika operasi dijalankan pihak kami tidak menemui pekerja dalam kawasan ladang berkenaan, dipercayai mereka terlebih dahulu bertindak meninggalkan tempat itu sebelum serbuan dilakukan.

“Operasi pemusnahan ladang haram yang bermula semalam dijangka mengambil masa selama empat hingga lima hari bergantung dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini,” katanya, dihubungi.

Katanya, tiga individu dipercayai menjadi dalang meneroka kawasan berkenaan yang terletak di tengah Hutan Simpan Sempam, mereka seolah degil serta cuba mencabar kerajaan negeri dan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).-SM

(Visited 294 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button