Nasional

3,733 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini

sebanyak 3,211 kes sembuh dan 26 kematian dicatatkan

Kes positif baharu Covid-19 turun sedikit berbanding semalam iaitu sebanyak 3,733 kes, tetapi lebih tinggi dari kes sembuh sebanyak 3,211 kes dan 26 kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 37,060 kes aktif dicatatkan dengan 416 kes pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kes intubated pula sebanyak 216 kes.

Menurut beliau, sebanyak 13 kluster direkodkan hari ini dengan Selangor merekodkan  kes tertinggi iaitu 1,278 diikuti Sarawak, 454 kes, Johor 365 kes, Kuala Lumpur 338 kes, Pulau Pinang 280 kes, Negeri Sembilan 205 kes.

“Kelantan mencatatkan 254 kes, Kedah 176 kes, Pahang 100 kes manakala negeri-negeri lain merekodkan kes dua angka seperti Perak 80 kes, Melaka 66 kes, Sabah 61 kes, Terengganu 49 kes serta Putrajaya 20 kes. Hanya Labuan dan Perlis merekodkan kes satu angka iaitu masing-masing enam dan satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. – SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button