Nasional

Raja Muda lancar program Jawi DBP untuk guru sekolah di Phuket

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Program Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Hotel Grand Mercure, Phuket di sini hari ini.

Ia adalah sebahagian dari Program Ziarah Marhabbah yang diketuai Baginda bersama 35 delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Phuket, Thailand dari 5 hingga 7 Ogos.

Raja Muda juga diiringi oleh anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.


Pada majlis berkenaan, Baginda juga menyampaikan plaka kepada wakil tiga sekolah di

Phuket kerana menghantar guru masing-masing untuk program tersebut.

Sementara itu Abang Sallehuddin berkata, sebenarnya penggunaan tulisan jawi di kalangan penduduk Melayu di selatan Thailand masih kekal sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun katanya, ejaan yang digunakan itu mengikut kaedah lama.

“DBP cuba memperkenalkan kaedah ejaan baharu tulisan jawi yang telah digunakan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dengan penerangan oleh Munsyi DBP, Sabri Azit yang juga Ahli Parlimen Jerai yang dihadiri kira-kira 20 guru sekolah di sekitar Phuket ini diharap akan dapat membantu memperkenalkan ejaan baharu Jawi di sini. – SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button