BeritaPolitik

PAS Papar lakar sejarah tubuh tiga cawangan sekali gus

PAS Kawasan Papar mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan tiga cawangan sekali gus, iaitu Cawangan Kinarut, Kampung Takis dan Kamoung Gusi, di sini, semalam.

Majlis perasmian ketiga-tiga PAS Cawangan tersebut telah diadakan sempena Ceramah Perdana PAS Sabah yang disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad.

Pada masa sama, sebanyak 119 borang permohonan keahlian baharu telah diserahkan kepada Ustaz Idris yang membuktikan PAS terus diterima dan mendapat kepercayaan segenap lapisan masyarakat.

Lebih utama ceramah dan perasmian diadakan ini adalah atas permintaan daripada penduduk kampung sendiri menunjukkan dukungan mereka adalah bersama iltizam kepada perubahan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling dan Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan serta Yang DiPertua PAS Papar, Abd Salim Karim

“PAS tidak hanya sebagai parti siyasah (politik) semata-mata tetapi juga sebagai parti tarbiyah dan dakwah. Siyasah ada musimnya tetapi tarbiyah dan dakwah sentiasa berjalan tanpa musim,” ujar Ustaz Idris.

Sementara itu, Abd Salim berharap dengan penubuhan cawangan baharu ini, PAS Papar akan menggiatkan lagi usaha pelaksanaan program dan gerak kerja untuk kebajikan masyarakat.

Majlis turut mengadakan penyerahan sumbangan barangan keperluan dapur kepada masyarakat yang memerlukan itu juga telah dihadiri Setiausaha PAS Papar, Ustaz Mat Razali Mat Lazin.

Dipetik dari Harakah Daily

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button