Sukan

Arsenal tewaskan Southampton 3-1, tebus kekecewaan tersingkir dari Piala FA

SELEPAS disingkir daripada saingan Piala FA dengan kekalahan 1-0 kepada Southampton beberapa hari lalu, Arsenal bangkit untuk menewaskan The Saint pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi ini.

Ketinggalan 0-1 pada seawal minit ketiga, Gunners bangkit melalui gol penyamaan oleh Nicolas Pepe pada minit kelapan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji ketahanan mental pasukannya yang bangkit dengan kemenangan 3-1.

Dua lagi gol Arsenal dijaringkan oleh Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette.

Kemenangan itu melonjakkan Arsenal ke kedudukan kelapan selepas kemenangan kelima dalam enam perlawanan terakhir liga.

Ini meletakkan mereka di landasan tepat sebelum kunjungan awal pagi Ahad ini berdepan Manchester United.

Pada Disember Arsenal hampir berada di zon penyingkiran namun kini ia hanya lima mata di belakang empat pasukan teratas.

“Menang perlawanan bola sepak membawa keyakinan. Kami membuat perkara yang betul tetapi tewas perlawanan. Ia menunjukkan kebijaksanaan dan ketahanan daripada pasukan.

“Kami melepaskan gol daripada sepakan sudut tetapi segera membalas. Kami bagus mengawal bola. Kami keluar daripada masalah dan mendapat peluang besar,” kata Arteta.

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button