Politik

TIGA bekas MB tewas teruk

TIGA bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas kepada pencabar masing-masing pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Ahmad yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal tewas kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi.

Razali yang merupakan muka baharu mengalahkan Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas memperoleh 13, 403 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad kekal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandang sejak 1990 dengan majoriti 1,265 undi.

Ahmad menerima 9,545 undi menewaskan calon Pas, Hazri Jusoh yang menerima 8,280 undi dan calon Pakatan Harapan, Wan Marzuki Wan Sembok yang memperoleh 1,472 undian.

Sementara itu, Ahmad Razif juga tewas kepada pencabarnya, Khazan Che Mat dengan majoriti 2, 797 undi.

Ahmad Razif yang merupakan penyandang kerusi Seberang Takir sejak 2008 memperoleh 9, 359 undi manakala Khazan mendapat 12,156 undi.

Dalam pada itu Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah gagal merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu apabila tewas dengan pencabarnya, Mohd Radzi Md Amin dari Perikatan Nasional (PN).

Mahdzir hanya memperoleh 8,024 undi sementara Mohd Radzi mendapat 14,397.

Mohd. Rahdzi menang dengan majoriti 6,373 undi. Mahdzir bertanding di DUN Pedu yang pernah disandangnya pada 2004.

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button