Ekonomi

ORSTECH tawar khidmat fabrikasi alat ganti kenderaan berkualiti tinggi

ORS Technologies Sdn. Bhd. (ORSTECH) merupaka sebuah syarikat penasihat kejuruteraan tempatan dalam memberi perkhidmatan teknologi kejuruteraan dalam bidang simulasi kejuruteraan lanjutan tempatan semenjak 2007.

Setelah 17 tahun penubuhan ORSTECH, ia telah banyak menyumbang kepada kejayaan pengeluar dan pembekal utama dalam bidang kejuruteraan berat global, automotif, produk pengguna, pembuatan, perubatan, elektronik, kerajaan, pertahanan, minyak & gas dan pendidikan.

Antara barisan nama-nama besar yang bekerjasama dengan ORSTECH adalah, Perodua, Petronas, Sapura, DSTA, TM dan banyak lagi.

Bersempena dengan pameran International Modified (IAM) Kuala Lumpur dan Ekspo Motor Antarabangsa Malaysia (MIME) 2023 bermula pada hari ini  27 Oktober 2023 dan akan berakhir pada hari Ahad 29 Oktober 2023 di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, ORSTECH mempamerkan teknologi fabrikasi alat ganti kenderaan bertempat di ruang pameran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Secara amnya ORSTECH mampu menawarkan perkhidmatan percetakan 3D menggunakan mesin pencetak 3D dengan pelbagai jenis teknologi yang mampu mencetak bahan polimer, logam & seramik.

Selain itu, syarikat tersebut juga menwarkan perkhidmatan pengimbasan 3D dengan Pengimbas Laser 3D gred metrologi, FreeScan X7, yang mampu untuk mengimbas objek dengan ketepatan yang tinggi dan masa penghasilan fabrikasi yang lebih cepat. Data yang disucikan boleh digunakan untuk membina model 3D digital.

Perkhidmatan latihan serta perundingan ditawarkan oleh pihak ORSTECH membantu pihak yang berminat untuk membangunkan alat ganti serta produk baharu dan juga meningkatkan kemahiran jurutera dengan latihan komprehensif.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman sesawang ORS Technologies Sdn. Bhd. atau datang terus ke ruang pameran MARii di pameran pemotoran IAM dan MIME 2023 bertempat di MITEC mulai semalam dan berakhir pada 29 Oktober 2023. – SM 

Artikel berkaitan > Kenderaan Modifikasi, Elektrik, 4×4 dan gaya hidup automotif, semuanya ada di IAM Kuala Lumpur & MIME 2023

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button