Politik

Tak benar Anwar diperkenan menghadap Agong

PENGARAH Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menafikan laporan berita beberapa portal kononnya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Fahmi berkata, tiada sesi menghadap melibatkan Anwar hari ini. Serentak itu beliau menggesa supaya media mendapatkan maklumat daripada sumber sahih bagi mengelakkan kekeliruan.

“Beberapa portal berita telah memetik sumber yang tidak dinamakan mendakwa bahawa Presiden KEADILAN DS Anwar Ibrahim akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Ini adalah berita tidak benar. Saya pohon kerjasama rakan-rakan media untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari sumber yang tepat sebelum menyiarkan berita untuk mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham,” katanya.

Astro Awani melalui portal beritanya melaporkan Ketua Pembangkang telah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap Baginda hari ini.


Sumber memberitahu Astro AWANI pertemuan itu diadakan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang.-SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button