Politik

[VIDEO] Kerajaan Selangor stabil – Mohd. Khairuddin

KERAJAAN Negeri Selangor dilapor tidak akan mengikut jejak langkah Johor, Melaka, Perak dan Kedah yang bertukar pucuk pimpinannya selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada hujung Februari lalu.

Malah, kedudukan PH dalam kerajaan negeri itu dilaporkan stabil ekoran tiada pengesahan bahawa terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan berpaling.

BACA > Nampaknya tiada siapa mampu puaskan hati beliau, kata Asyraf Wajdi — Suara Merdeka

Menurut Exco Kerajaan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, sokongan ADUN terhadap pucuk pimpinan parti masih kukuh dan dakwaan wakil rakyat akan lompat hanya sekadar khabar angin.

“Saya ingat sekarang ini kesemua wakil rakyat Keadilan, kita komited dengan parti dan akan bersama-sama dengan kepimpinan sekarang.

“Selangor tidak akan jadi seperti negeri lain, dari segi kestabilan (politik) kita sangat stabil,” katanya kepada Suara Merdeka.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terdapat beberapa wakil rakyat dikatakan akan berpaling daripada menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Malah terdapat juga cakap-cakap mengatakan sejumlah ADUN dikenalpasti akan menyokong bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dakwaan sedemikian dipercayai bagi membenarkan peralihan kuasa berlaku dalam kerajaan Negeri Selangor sekiranya PH hilang dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

BACA > Kisah DUN Chini — Suara Merdeka
BACA > Covid-19: Tiada rumah terbuka Agong, PM — Suara Merdeka

Hal demikian termasuk dakwaan mengatakan Mohamed Azmin sudah mendapat sokongan 24 ADUN bagi membolehkan pelantikan Menteri Besar baharu dibuat.

Walau bagaimanapun, Mohd. Khairuddin menafikan dakwaan sedemikian dan menganggap isu berkenaan sengaja ditimbulkan.

“Sangat stabil, saya tidak ada dengar lagi tanda mana-mana wakil rakyat akan tinggalkan kerajaan sedia ada.

“Selangor Insha Allah kekal, kita akan kekalkan mandat yang rakyat bagi. Itu cuma ‘rumours’ (khabar angin), semua orang boleh cakap.

“Saya tahu semua orang cuba mahu ambil Selangor, tetapi saya ingat ia hampir mustahil,” ujarnya.

PH kini menguasai DUN Selangor dengan jumlah 45 daripada 56 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pas enam kerusi.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan kedudukan lima wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam DUN kini ditempatkan bersama dengan barisan pembangkang.

BACA > Sukma 2020: Selangor terus sedia walaupun PKP — Suara Merdeka
BACA > Aidilfitri: 200 bekas atlet, atlet para Selangor diraikan — Suara Merdeka

Berdasarkan komposisi parti dalam DUN, PN memerlukan sekurang-kurangnya 21 lagi wakil rakyat untuk melompat parti bagi membolehkan kerajaan baharu negeri Selangor ditubuhkan. – SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button