Nasional

Malang untuk 38 pegawai dan anggota polis Taiping

SEMUANYA gara-gara seorang tahanan wanita yang ditahan dalam Ops Noda pada 11 Januari lalu disahkan positif Covid-19.

Disebabkan itu 38 pegawai dan anggota polis Taiping telah diarah menjalani kuarantin kendiri oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Memetik laporan BH Online, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat.

Katanya, dalam operasi pada pukul petang itu, wanita berusia 31 tahun yang berkerja sebagai tukang urut di sebuah premis dekat Jalan Tupai , Taiping , disahkan positif Covid-19.

Atas nasihat kementerian, semua anggota yang terbabit dalam operasi penangkapan, kawalan lokap dan mahkamah, diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula semalam.

“Wanita terbabit kini dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya oleh KKM sambil dipantau anggota polis.

“Selain anggota, ujian calit juga akan turut dijalankan KKM terhadap OKT yang berada bersama sel tahanan warga Thailand itu,” katanya pada sidang media.

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button