fbpx
NasionalPendidikan
Trending

Subjek di UniKL berada dalam kedudukan terbaik dunia

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) berjaya memastikan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) bagi Kedudukan Subjek Dunia pada tahun ini.

Beberapa subjek di universiti itu berkaitan bidang seperti Perniagaan dan Ekonomi, Sains Komputer dan Kejuruteraan berada dalam kedudukan 501 hingga 1,000.

Berada pada kedudukan 501 – 600 bagi subjek berkaitan Perniagaan dan Ekonomi, sementara Sains Komputer pula pada 801+ dan bidang Kejuruteraan pada kedudukan 8,00 hingga 1,000.

UniKL dikategorikan dalam enam universiti terbaik di Malaysia dalam bidang Perniagaan dan Ekonomi dan sepuluh terbaik bagi bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan.

Kedudukan subjek pada tahun ini memperlihatkan sebanyak 1,512 buah universiti telah dinobatkan didalam sekurang-kurangnya satu bidang subjek dengan sebanyak 522 telah layak untuk pertama kalinya.


Keputusan THE World Subject Ranking 2021 yang merangkumi 11 bidang subjek dan telah menawarkan tempat pembelajaran yang terbaik di dunia untuk mempelajari disiplin yang dipilih disiarkan pada Rabu, 28 Oktober 2020.

Bidang subjek tersebut ialah Seni dan Kemanusiaan, Perniagaan dan Ekonomi, Klinikal dan Kesihatan, Sains Komputer, Pendidikan, Kejuruteraan, Undang – Undang, Sains Hayat, Sains Fizikal, Psikologi dan Sains Sosial.

Pada awal September 2020, UniKL telah berjaya ke senarai 2021 Times Higher Education (THE) World University Ranking pada peringkat 1000+ dan berjaya menjadi antara sepuluh universiti teratas di Malaysia.

Pada tahun 2014 UniKL berazam untuk menjadi salah sebuah universiti terbaik Asia pada tahun 2020 menjurus ke arah pelancaran lima tahun UniKL We4Asia pada tahun 2016.

Pemangku Presiden UniKL yang Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Shahrulniza Musa berkata beliau sangat berbangga dengan pencapaian UniKL apabilla tersenarai dalam Times Higher Education World Rankings dan juga Times Higher Education World Subject Rankings.

Beliau turut memuji kesemua 12 kampus UniKL, pentadbir, kakitangan dan juga fakulti.

“Tahniah kepada semua kerana menjadikan aspirasi ini suatu kenyataan.

“Ini telah menunjukkan bahawa inisiatif pencapaian jangka pendek dan panjang kita selama lima tahun, dari tahun 2016 telah membuahkan hasil apabila mendapat pengiktirafan global.

“Ini merupakan kejayaan berganda buat UniKL pada tahun ini dan juga mengenai kualiti pendidikan kami.

“Menjadi sebuah universiti yang berpaksikan kepada Pendidikan dan Latihan Berteknologi Tinggi dan Vokasional (HTVET), pengiktirafan yang diberikan oleh Times Higher Education meletakkan kami di peta global diantara universiti di dunia.

“Program kami adalah berasakan hands-on dan melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran industri”, atanya.

Tambahnya Beliau turut menekankan bahawa kejayaan ini juga didorong oleh budaya kecemerlangan yang diterapkan di UniKL.

“Kami melaksanakan pelan strategik dalam usaha untuk menjadi salah sebuah univeristi terbaik di dunia.

“Kejayaan dalam menempa nama di peringkat Times Higher Education World Rankings dan juga Times Higher Education Subject Rankings adalah merupakan hasil usaha keras kami dan kami mampu melakukan yang lebih baik”, ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button