SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan dua individu bagi membantu berhubung pengurusan kes rasuah yang akan berlangsung di mahkamah.
Individu pertama, Azmy Thani, 55, mempunyai alamat terakhir di No. 6, Jalan UB8, Ukay Bestari, Ulu Kelang 68000 Ampang, Selangor.
Sementara itu, individu kedua, Wong Wai Kit, 42, pula mempunyai alamat terakhir di No 35-3-1, Tingkat 3, Jalan BP 7/13, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd. Izhar Hedree Sani di talian 010-336 4136 atau 03-5525 6500 atau e-mel kepada [email protected]. -SM