Negeri

Kelantan beri RM1,500 kepada keluarga B40 urus jenazah Covid

KERAJAAAN Kelantan akan menyalurkan bantuan tunai RM1,500 kepada keluarga B40 yang kehilangan keluarga akibat Covid-19 bagi pengurusan jenazah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan itu bermula pada 15 Ogos ini.

“Kerajaan Negeri prihatin mengenai bebanan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada waris mangsa kategori B-40 sebagai pengurusan jenazah kes Covid-19 bermula 15 Ogos 2021,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bayaran pengurusan jenazah sebahagian pesakit Covid-19 di negeri Kelantan iaitu antara RM1,300 hingga RM1,800 disifatkan melampau, sehingga menekan keluarga golongan kurang berkemampuan.


Bayaran itu pula bukan kos keseluruhan sehingga pengebumian, sebaliknya hanya membabitkan urusan memandikan jenazah menggunakan kaedah tayamum sebelum dikafankan sahaja.

Keadaan itu memaksa keluarga yang tidak mampu memohon bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pemberian elaun tambahan kepada imam tua dan imam muda sebanyak RM150 dan bilal RM50.

Jumlah keseluruhan elaun yang diterima bagi imam tua adalah RM1,850 dan RM1,350 bagi imam muda bagi masjid mukim kategori ‘A’. Manakala bilal menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM800.

Pembayaran elaun tambahan melibat 587 kategori masjid mukim ‘A’, besar dan kecil seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa mulai Julai 2021.-SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button