Ekonomi

Spritzer perkenal pelan pelangganan

Spritzer Malaysia (Spritzer), pengeluar air mineral semula jadi memperkenalkan pelan langganan RM127.50 sebulan kepada isi rumah di seluruh negara.

Dengan pengenalan pelan langganan ini, Spritzer menawarkan perkhidmatan lebih selamat dan lebih mudah dengan membawakan air minuman terus ke pintu rumah- di seluruh negara menerusi pelan langgan serba baharu.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, pelan langganan ini menawarkan sebilangan pakej atau pilihan yang memenuhi pelbagai kehendak keluarga atau isi rumah.

Pakej yang termasuk di dalam langganan itu ialah dispenser air mini.

“Mereka yang sentiasa sibuk akan mendapati ia juga memudahkan untuk memiliki dispenser yang mempunyai fungsi air panas kerana boleh memanaskan secawan mi segera atau membancuh air minuman dengan segera,” kata Spritzer hari ini.


Selain itu, dispenser tersebut menjadi mudah dan senang untuk digunakan di mana sahaja kerana ia boleh dibawa ke tempat berkelah atau perhimpunan keluarga atau majlis keramaian.

Dengan pengenalan pakej langganan ini, para keluarga kini boleh menikmati bekalan air mineral semula jadi dihantar terus ke pintu rumah mereka menjadikan sesuatu yang sangat bermanfaat ketika pandemik COVID-19 yang masih berlarutan dan bagi memastikan kekal sihat serta kekal hidrasi yang merupakan perkara amat penting.

“Spritzer yakin dengan memiliki dispenser mudah alih ini ia bakal memberi kemudahan kepada pengguna isi rumah untuk mendapat bekalan air yang kualitinya sangat terjamin,” kata Spritzer.

(Visited 425 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button