Ekonomi

Shopee 3.3 Mega Sale bantu peruncit dalam kelembapan pasaran

KELEMBAPAN pasaran semasa telah menyebabkan para peruncit merasakan penurunan prestasi perniagaan mereka, terutamanya dengan kos overhed dan kos operasi yang tinggi. Untuk membantu mengurangkan impak ini, para peruncit kini meletakkan penekanan yang lebih pada e-dagang sebagai saluran tambahan untuk menjangkau pengguna mereka.

Sementara itu, para pengguna juga beralih kepada e-dagang untuk mencari dan membeli produk penting. Shopee telah mencatatkan peningkatan aktiviti membeli-belah di platformnya. Permintaan yang lebih tinggi dalam kebanyakan kategori runcit dapat dilihat, terutamanya untuk barangan pengguna cepat laris seperti barangan keperluan rumah dan barangan runcit. Produk-produk ini termasuk mi segera, makanan dalam tin, detergen, lampin, formula susu bayi, produk untuk mandian dan badan, pembersih muka dan banyak lagi.

Oleh itu, Shopee bekerja keras untuk menghubungkan jenama dan penjual dengan pengguna mereka dengan membangunkan inisiatif untuk membantu mereka mengatasi cabaran semasa dan berkembang dalam ekosistem digital. Usaha ini termasuk meningkatkan jangkauan dan pendedahan, strategi harga, peruntukan saham untuk saluran atas talian mereka dan juga meningkatkan kelajuan dan kualiti penghantaran.

Selaras dengan usaha ini, Shopee memperkenalkan 3.3 Mega Sale dari 24 Februari hingga 3 Mac. Melalui kempen ini, Shopee bekerjasama dengan jenama dan peruncit untuk menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan menawarkan akses sehenti kepada rakyat Malaysia untuk produk yang mereka perlukan. Harga produk dijangka diturunkan sebanyak separuh melalui 50% off Shocking Sale dan baucar diskaun 50% semasa 3.3 Mega Sale.

Shopee juga akan melancarkan permainan menarik seperti Shopee Slice, Shopee Throw, dan Lucky Egg di mana jenama memberi ganjaran kepada pengguna dengan baucar untuk menarik pengguna ke kedai masing-masing di platform ini. Ciri strim langsung Shopee Live memberikan peruncit sebuah saluran untuk mengendalikan kandungan berjenama tersendiri mereka atau menyertai pelbagai penstriman langsung Shopee berkenaan berita semasa, berita selebriti, trivia dan rancangan permainan untuk menggalakkan penglibatan pengguna.

“Kami memahami cabaran yang meningkat yang dihadapi oleh rakan runcit kami, dan ingin memanfaatkan platform kami untuk menghubungkan mereka dengan pembeli. Penjual dan jenama mampu menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan para pembeli dapat menikmati akses mudah kepada barangan yang mereka perlukan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Ho menambah, “Kebanyakan peruncit kami dalam sektor perkhidmatan juga telah menyatakan kebimbangan kerana jumlah pelanggan yang mengunjungi kedai mereka menurun antara 15% dan 30%. Kami komited dalam membantu mereka dalam apa jua cara yang kami boleh untuk memastikan kelestarian perniagaan mereka.”

Salah satu inisiatif adalah tawaran luar talian di Shopee yang kini mempunyai lebih daripada 110 peruncit, menawarkan baucar dengan diskaun yang menarik sehingga 50%. Proses penebusan ini menggalakkan dan menarik orang ramai untuk menjamu selera atau mengunjungi tempat itu, seterusnya membawa masuk pelanggan ke kedai-kedai rakan runcit Shopee.

“Kami bekerjasama bersama rakan runcit kami untuk mengenal pasti bahagian pertumbuhan baharu. Usaha kami telah terbukti amat membantu kerana banyak peruncit kami sejak usaha-usaha ini dilaksanakan telah mencatatkan jualan, jumlah pengguna dan penglihatan jenama secara am yang lebih tinggi atas talian, dan kami berharap dapat meneruskan momentum ini dengan 3.3 Mega Sale kami,” rumus Ho.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 3.3 Mega Sale, layari https://shopee.com.my/33

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button