Sukan

Soloz Terima Kurnia Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan

Tercatat dalam Malaysia Book of Records apabila memegang rekod jumlah pengikut tertinggi di Facebook dalam kategori esukan, nama Soloz mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi.

Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria merupakan anak jati Port Dickson dan mencatatkan penglibatan terawal dalam menyertai arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia.

Selain itu, Soloz turut pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA di Filipina, dan pasukan Malaysia ketika itu menyumbang pingat gangsa untuk kategori Mobile Legends : Bang Bang.

Soloz bukan sahaja menjadi sumber inspirasi ramai anak muda dan belia malah kini Soloz mencatatkan sejarah tersendiri apabila dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan.

Soloz menerima kurniaan tersebut sempena Hari Keputeraan Ke-74, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

(Visited 737 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button