Politik

Siswa UMNO cadang wujudkan Zon Rumah Siswa Nasional

MASALAH sewa rumah yang tinggi dan terpaksa bersaing dengan mereka yang berpendapatan diangkat oleh wakil UMNO Siswa dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) petang ini.

Ainool Husaini Mat Yatim berkata, disebabkan sewa rumah yang tinggi maka mahasiswa yang tidak mendapat penempatan dalam kampus terpaksa menyewa rumah di luar kampus.

“Sewa rumah yang tinggi di luar kampus menyebabkan kami mahasiswa merasa terbeban kerana terpaksa bersaing dengan golongan berpendapatan untuk mendapatkan rumah sewa di luar sana. Sedangkan kami masih lagi tidak mempunyai pendapatan,” kata Mahasiswa dari Universiti Malaya ini.

Beliau berkata, UMNO Siswa mencadangkan kerjasama di antara kementerian berkaitan supaya mengujudkan Zon Rumah Siswa Nasional.

“Zon Rumah Siswa Nasional harus dalam radius lima ke 10 kilometer sekitar kawasan kampus.

“Perlu dipertimbangkan juga cadangan kawasan perumahan diberikan pengecualian cukai kepada pemilik yang memberi sewa kepada mahasiswa,” katamua.

Beliau turut menyentuh tentang golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebijh tinggi.

“Sebanyak 30 peratus lepasan SPM tidak berhajat menyambung pengajian dan kesan jangka panjang dapat dilihat produktiviti dan modal insan terjejas.

“UMNO Siswa mencadangkan agar diwujudkan Institusi Kesedaran Pendidikan Melayu atau IKPM di kawasan-kawasandesa dan luar bandar.

“Dengan pendidikan, bangsa kita tidak akan terjerumus ke lembah hina,” ujar beliau.

Institut Kesedaran Pendidikan Melayu, kata Ainool, berfungsi sebagai badan pemikir yang mengikut arus zaman dan semasa.

Sementara itu, Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin mengaju soalan kepada Ainool untuk menyelami pandangan beliau selaku anak muda dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

Kata Ainool, “anak muda mengundi mengikut emosi. Apa yang kami anak-anak muda dan golongan mahasiswa boleh bantu UMNO ialah dari segi kemahiran dalam media sosial.

“Selain itu, beri peluang kepada segmen-segmen yang berkaitan dengan anak muda. UMNO Siswa komited untuk membantu UMNO dalam menyebar ilmu dan informasi di luar sana.” – SM

BACA Inisiatif pemilikan rumah diteruskan melalui jaminan pembiayaan perumahan hingga RM5 bilion

BACA Lebih RM80 juta untuk perumahan rakyat termiskin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button