Rencah Hidup

Lompatan sempena Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis

KANGAR: Lompatan bersejarah dengan motosikal oleh Sarjan Muhammad Akmal Shaari iaitu anak jati negeri Perlis sendiri melepasi 25 biji kereta sebagai simbolik Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalul­lail memukau lebih 25,000 pe­nonton yang memenuhi stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, pada sabtu malam.

Utusan Malaysia melaporkan itu salah satu daripada pelbagai lagi pertunjukan menarik pada persembahan Tatu Angkatan Tentera Darat Malaysia bersempena sambutan Jubli Perak tersebut.

Tuanku Syed Sirajuddin bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menyaksikan persembahan yang cukup memukau itu bersama Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Acara dimulakan dengan gimik pembukaan disusuli per­sembahan Drumline Tentera Uda­ra Diraja Malaysia (TUDM), pertunjukkan payung terjun oleh anggota 10 Briged Para, pertunjukkan tempur tanpa senjata, pertunjukan cawangan serigala, persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kawad patung PDRM, Tim Army Red Warrior, persembahan orkestra pancaragam dan pelbagai lagi sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button