
”Untuk Scammer Terpaling Bahagia, Kimseri Lihatlah Jiwa-jiwa yang hacurkan”-Bekas Kakak Ipar
ANAK kepada pempengaruh media sosial terkenal, Kim Seri, kini menjadi perhatian netizen selepas dilaporkan mengalami tekanan emosi yang serius susulan penahanan bapanya dalam kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan baru-baru ini.
Menurut pendedahan bekas kakak ipar Kim Seri, kanak-kanak tersebut kini dikatakan hidup dalam keadaan tidak menentu dan terabai, selain tidak menerima penjagaan dan perhatian sewajarnya daripada ibunya yang kini menetap di Korea Selatan bersama suami baru.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut sering menunjukkan tanda-tanda kemurungan, bercakap seorang diri dan sering bersendirian.
Pihak keluarga mendakwa, situasi ini berpunca daripada tekanan berpanjangan yang dihadapi kanak-kanak itu sejak tercetusnya isu penipuan pelancongan yang melibatkan ibu bapanya. Dalam pada itu, netizen juga melahirkan kebimbangan dan menuntut agar pihak berwajib campur tangan untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan kanak-kanak ini terpelihara.
Sementara itu, Kim Seri yang kini berada di Korea Selatan dilihat sering berkongsi kehidupan bahagia bersama pasangan barunya di media sosial, sehingga mengundang kecaman netizen yang beranggapan beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas suami Kim Seri di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala usaha memulihkan emosi dan kebajikan anak mereka kini menjadi keutamaan keluarga terdekat.