Bola SepakSukan

Liverpool guna champagne tanpa alkohol, sebagai menghormati Salah, Mane

LIVERPOOL telah menyembur minuman champagne tanpa alkohol sewaktu meraikan kejayaan kelab itu muncul juara Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

Jordan Henderson mendedahkan perubahan itu dilakukan demi menghormati bintang mereka yang beragama Islam iaitu Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Liverpool meraikan gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun pada majlis istimewa yang diadakan di Anfield.

Nyalaan bunga api telah menerangi ruang angkasa dan champagne turut disembur sewaktu Henderson menjulang trofi ke udara.

Namun, kapten kelab itu mendedahkan bahawa champagne tersebut bukanlah minuman beralkohol biasa yang sering digunakan untuk keraian.

Bercakap kepada The Times, Henderson berkata: “Champagne yang digunakan tidak mengandungi alkohol sewaktu trofi dijulang kerana Mo dan Sadio.

“Di dalam bilik persalinan tiada sikap tidak bertoleransi, jadi mengapa tidak juga di dunia luar?”
Henderson juga bercakap secara terbuka tentang perbezaan kepercayaan dan budaya di dalam bilik persalinan Liverpool.

“Saya perhatikan Sadio dan Mo, dan di mana tempat asal mereka serta apa yang mereka capai ketika ini adalah sesuatu yang luar biasa.

“Sewaktu kami di kolam renang dan Sadio berenang, dia berkata bahawa dia pandai berenang kerana kampungnya berhampiran dengan sungai (Sungai Casamance di Sedhiou), jadi, dia sudah terbiasa dengan aktiviti air.

“Saya melihat kembali kepada perjalanan hidup saya dan berasa sangat bertuah berada dalam keluarga kelas buruh, tetapi saya tidak pernah melalui pengalaman apa yang diharungi mereka,” tambahnya.

Salah memainkan peranan penting kepada kejayaan Liverpool, musim lepas apabila dia meledakkan 19 gol dalam saingan Liga Perdana.

Namun, bintang Anfield itu enggan menolak kemungkinan dia akan berpindah ke kelab kelab gergasi Sepanyol, Barcelona atau Real Madrid.

Sementara itu, Mane menjaringkan 18 gol dan menyempurnakan tujuh bantuan pada musim lalu.
Liverpool telah memulakan aksi musim ini dengan persembahan mantap bagi mempertahankan gelaran Liga Perdana yang dimenangi mereka.

Anak-anak buah Jurgen Klopp kini berada di kedudukan teratas carta liga setelah mengumpul 31 mata daripada 14 perlawanan. – The Sun – SM

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button