Luar Negarapilihan

Shinzo Abe ditembak ketika berucap, Perdana Menteri zahir ucapan duka cita!

BERITA mantan Perdana Menteri Jepun yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika sedang berucap mengejutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri dalam satu kenyataannya, beliau baru sahaja menerima lawatan Shinzo Abe pada Mac lalu bagi memperingati ulang tahun diplomatik ke 65 Malaysia-Jepun dan ulang tahun ke 40 ‘Dasar Pandang Ke Timur’.

Menurut laporan media, Shinzo Abe ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini dan insiden tersebut ibarat satu berita yang amat mendukacitakan.

“Shinzo Abe kini telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan. Dilaporkan keadaan Shinzo Abe masih dalam keadaan kritikal.

“Saya mewakili Kerajaan Malaysia mendoakan Shinzo Abe berada dalam keadaan yang baik dan segera pulih seperti sedia kala,” ujar Perdana Menteri.


(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button