PolitikPRK

Seperti yang dijangka BN gali kubur sendiri

SUARA MERDEKA: Pengumuman calon BN bagi PRK Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng malam ini seperti dijangka telah diboikot oleh ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pendirian para pemimpin UMNO yang tidak mendengar suara hati akar umbi.

Wee Jeck Seng

Kawasan yang majoriti jentera pilihan raya didominasi oleh UMNO itu akan lumpuh jika isu tersebut tidak ditangani.

Pada pilihan raya umum lalu kira-kira 3,000 ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana kecewa kerusi tersebut diberi kepada calon MCA.

Sangat ketara ketika pengumuman dibuat oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad di Rumah UMNO Pontian orang-orang UMNO sendiri tidak kelihatan.

Apatah lagi pemimpin Pas yang sebelum ini baharu sahaja bermuafakat dengan UMNO.

BN meletakkan Jeck Seng kerana menjangkakan para pengundi Cina akan memilih calon BN kerana kecewa dengan keadaan ekonomi semasa sehingga menjejaskan peluang perniagaan mereka, tetapi mereka mengambil risiko yang besar apabila akan kehilangan sokongan besar ahli UMNO dan Pas.

Jadi tempoh yang ada sehingga pertengahan bulan ini menjelang hari pengundian perlu digunakan oleh para pemimpin BN dan Pas untuk memujuk ahli masing-masing untuk keluar mengundi dengan meletakkan kepentingan BN daripada yang lain termasuk berusaha mengubat rasa kecewa.

Isnin lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Tanjung Piai.

Kelmarin, GERAKAN mengumumkan Timbalan Setiausaha Agung, Wendy Subramaniam, sebagai calon.

Jeck Seng menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2013 hingga 2018, dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas pada 2004 hingga 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Jeck Seng tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi.

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button