Politik

Apa ditakuti terjadi, perlembagaan terhakis, komunis kembali – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Tuduhan dan dakwaan yang dilakukan oleh pempin-pemimpin UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mengandaikan perubahan akan berlaku sekiranya parti itu tidak lagi memerintah.

Lantang yang dilaungkan ketika itu adalah hak dan keistimewaan orang Melayu dan kekejaman komunis. Di samping itu beberapa perkara lain turut dicetuskan seperti liberalisme kebebasan melampau dan sebagainya.

Walaupun beberapa kali dinafikan oleh parti pembangkang ketika itu, namun hari ini tuduhan dan dawaan UMNO semakin menjadi realiti apabila pelbagai isu terus timbul antaranya kedudukan Bahasa Melayu diganggu, tulisan jawi, pengikitirafan UEC dan termasuk juga hal Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan sebelum ini.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, banyak perkara berlaku terutama isu yang bertentangan dengan matlamat Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan hari ini menyatakan tidak akan mengubah perlembagaan, mungkin benar belum mengubahnya lagi.

“Tetapi kita dapati menerusi arahan pentadbiran sendikit demi sedikit menghakis matlamat Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika berucap dalam ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kekecewaan dihadapi oleh keluarga dan waris pejuang-pejuang serta rakyat yang terkorban akibat kekejaman komunis dahulu.

Pihak yang berani membawa masuk abu mayat pemimpin PKM ke negara ini serta menganjurkan perhimpunan bagi mengenang Perjanjian Damai Hatyai dilihat tidak sensitif dengan kekejaman dilakukan komunis dahulu.

“Selama ini kita menolak fahaman komunis, rakyat dan anggota keselamatan terkorban. Pelbagai kekejaman dilakukan oleh komunis.

“Perasaan rakyat terguris apabila abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara kita,” luahnya. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button