Luar Negara

Sembilan negeri masih belum keluar keputusan muktamad

SEMBILAN negeri di Amerika Syarikat (AS) masih lagi belum mengeluarkan keputusan muktamad berhubung pemilihan Presiden negara itu.

Negeri tersebut adalah Nevada, Alaska, Arizona, Wisconsin, Michigan, Pennsylvania, North Carolina, Georgia dan Maine.

Namun, Biden dilihat mendahului di negeri seperti Nevada, Arizona dan Maine sementara Trump pula berhada di hadapan di Winsconsin, Michigan, Pennsylvania, North Carolina, Georgia dan Alaska.

Bagaimanapun, pada kedudukan sekarang, calon Presiden dari Parti Demokrat, Joe Biden masih lagi mendahului undian dengan memperoleh 224.

Berbanding Donald Trump dari Parti Republik, walaupun menguasai beberapa negeri berbanding Biden, namun menyaingi bekas Timbalan Presiden itu dengan 213 undian.

Joe Biden dilihat hanya memerlukan 46 lagi Senat yang akan menyokongnya untuk menjadi Presiden AS ke-46, beliau juga dihat mengusai 49.9 peratus undian daripada rakyat.

Sementara Trump pula dilihat tidak mendapat keyakinan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden AS yang ke-45 berdasarkan jumlah undi 48.5 peratus yang diperolehinya atau 62,747,427 jumlah undi setakat pukul 1.30 tengah malam waktu tempatan.

Berdasarkan kedudukan negeri dengan keputusan muktamad, Biden berjaya menguasai 19 negeri, namun Trump mendahului dengan mengsahkan kemenangan di 23 Negeri.

Berdasarkan sistem pilihan raya AS, untuk memenangi kerusi Presiden, calon perlu mendapatkan sokongan daripada 270 undi daripada Senat negara itu yang seramai 538.

Secara teknikalnya, rakyat AS akan mengundi calon anggota Senat pilihan mereka dan sokongan calon berkenaan pula menentukan kedudukan Presiden. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button