Nasional

Anggota bomba ditahan terlibat kes curi kenderaan

SEORANG anggota bomba ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes curi kenderaan di Jalan Pandan Indah, Ampang, Selangor pada 31 Oktober lalu.

Difahamkan, polis turut menemukan pelbagai peralatan untuk menghisap dadah ketika suspek ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kejadian berlaku pada 30 Oktober lalu.

“Ketika kejadian, pengadu yang bekerja sebagai mekanik dimaklumkan oleh rakannya yang kereta jenis Proton Wira milik pengadu yang berada di Jalan Pandan Indah telah tiada dan disyaki dicuri.

“Susulan laporan tersebut, pada 31 Oktober lalu kira-kira pukul 3.20 pagi, kita telah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di tepi jalan Pandan Indah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain tangkapan, pihaknya turut merampas satu paket plastik disyaki dadah dengan peralatan menghisa dadah.

Jelasnya, ujian air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis Meth dan mempunyai dua kes rekod jenayah lampau.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. -SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button