Nasional

Rina iringi Raja Muda santuni masyarakat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail menyantuni rumah keluarga warga asnaf di sekitar kawasan Kuala Perlis sempena program kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ pada jumaat petang.

Beliau meluangkan masa menyertai program tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis sejurus selepas mengiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke majlis pelancaran ‘Pembayaran Bantuan Tanpa Tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat Peringkat Negeri Perlis’ yang diadakan di Kangar pada petang yang sama sebelum pulang ke ibunegara.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohamad Hazam Ismail .

Ketika di Kuala Perlis Rina turut singgah di sebahagian daripada ‘Program Transformasi Kg. Seberang Ramai’ atau juga dikenali sebagai ‘Kampung Pelangi Kuala Perlis’ yang kini menjadi satu kawasan tarikan baru indah di negeri ini yang diilhamkan oleh Tuanku Raja Muda dan anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah dan diimplimentasikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis beserta pelbagai jabatan negeri dan Persekutuan, pihak swasta, NGO beserta masyarakat di situ bagi meninjau dan mempertimbangkan sendiri segala bentuk bantuan yang boleh turut disalurkan melalui pelbagai agensi di bawah kementerian beliau untuk sama-sama menjayakan inisiatif murni ini untuk masyarakat setempat dan juga yang di sekitar dengannya.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button