Berita

Raja Perlis berangkat mengunjungi Langkawi Wildlife Park

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail berkenan berangkat mengunjungi Langkawi Wildlife Park yang terletak di Jalan Ayer Hangat, kawasan Kilim Pulau Langkawi pada ahad petang.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengurus Besar, John Teoh Chen Kung serta para pegawai kanan pusat pelancongan yang turut dikenali sebagai Taman Hidupan Liar Langkawi ini.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Mengambil sempena keberangkatan baginda, Tuanku Raja Perlis telah turut berkenan menamakan seekor emu yang ibubapanya berasal dari Australia dan baru sahaja lahir di taman berkenaan beberapa minggu yang lalu dengan nama ‘Matthew Spencer’.

Taman tema ini meliputi kawasan seluas 5.5 ekar kawasan tanah. Suasana hutan hujan tropika diwujudkan bagi menempatkan lebih 150 spesies haiwan dan burung berbeza dari bahagian yang berlainan di dunia termasuk Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan, Australia, Rusia dan juga dari Malaysia sendiri.

Untuk rekod, pada bulan Julai tahun 2018, Tuanku Raja Muda dan juga Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah pernah membawa seramai 171 orang anak-anak yatim dari tujuh buah rumah amal di negeri Perlis sempena program ‘Jalinan Syawal Kasih Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ ke Taman Hidupan Liar milik Datuk Richard Long dan isteri, Datin Evelyn Tay di pulau legenda ini.

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button