NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda rasmi Pameran Seni WahLukis @Blanc

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Pameran Seni WahLukis @Blanc di Macalister Mansion, Pulau Pinang, semalam.

Keberangkatan Baginda berdua yang diiringi anakanda-anakanda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail telah disambut oleh Presiden Soroptimist Antarabangsa Pulau Pinang (SI), Harriet Lim, Jack Wong dan Linn Wong.

Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Bambang Suharto dan isteri.

Pameran seni ini dianjurkan Soroptimist Antarabangsa Pulau Pinang (SI) untuk mengumpul Dana Tabung Pendidikan, yang selama ini telah membantu ramai pelajar kolej di Malaysia menamatkan ijazah dan diploma mereka.

Pihak penganjur percaya bahawa dengan pendidikan yang baik, setiap pelajar boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya dapat membantu menjaga keluarganya dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, pihak Soroptimist Antarabangsa Pulau Pinang menyokong artis dan bakat tempatan.

WahLukis adalah untuk artis yang kurang dikenali dan baru sahaja memulakan lukisannya selepas daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang pada tahun 2020.

Kebanyakan hasil pameran seni ini akan disumbangkan kepada Soroptimist International Penang atas kemurahan hati artis-artis.

Soroptimist Antarabangsa Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1921 itu terdiri daripada kumpulan global 82,000 wanita dari 126 buah negara yang bekerja untuk mendidik, memperkasakan wanita dan gadis serta memperbaiki kehidupan dari segi kewangan dan sosial.

Soroptimist International Penang adalah salah satu daripada 16 kelab Soroptimist Antarabangsa di Malaysia. – SM

(Visited 527 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button