fbpx
Politik

PRU-15: Insya-Allah, semua parti utama Melayu akan bermuafakat

SETIAUSAHA Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa memberi keyakinan bahawa semua parti-parti utama orang Melayu iaitu Pas, UMNO dan Bersatu akan bermuafakat dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut Annuar, bermuafakay dan bekerjasama merupakan senjata utama terhadap parti-parti terbabit dalam menghadapi musuh politik dalam PRU nanti.

“Insyaallah,semua parti utama orang Melayu akan berkerjasama dan bermuafakat…itu senjata utama perjuangan sebuah bangsa,” kata Annuar.

Beliau mengulas kenyataan Pensyarah Universiti Utara Malaysia Azizuddin Mohd Sani yang menjangkakan Pas akan menghadapi dilema sekiranya percakaran Umno dan PPBM membawa kepada pertembungan,  terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizuddin, Pas akan terpaksa membuat pilihan antara Umno yang mempunyai akar umbi yang kuat, atau Bersatu yang mempunyai seorang perdana menteri yang popular.


“Umno ada kekuatan dan Bersatu pula ada kuasa. Tanpa Pas kerajaan Perikatan Nasional juga tidak wujud, tetapi apakah ia mampu diterjemahkan dalam PRU akan datang,” kata Azizuddin seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin telahpun bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan Pas.

Kesemua parti dalam Muafakat Nasional itu sudah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa dianggotai lima individu bagi rundingan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Annuar yang juga Setiausaha Barisan Nasional berkata perkara itu diputuskan berikutan mereka mahu satu lawan satu dengan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PH).

Katanya, UMNO juga memutuskan untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“BERSATU, PAS dan UMNO sudah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa lima orang bagi berunding mengenai pembahagian kerusi.

“Kita (UMNO dan PAS) juga mengutuskan surat untuk BERSATU menyertai Muafakat Nasional (MN). Namun, UMNO memutuskan tidak menyertai dalam protem pendaftaran PN,” katanya.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button