Ekonomi

ProtectHealth sasar peningkayan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam pemberian dos penggalak

MERUJUK kepada kenyataan oleh media yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada 21 Oktober 2021 yang menyentuh tentang pelaksanaan pemberian dos penggalak (booster dose) bermula 13 Oktober 2021, ProtectHealth menyambut baik perkara ini dan menyasarkan lebih banyak penglibatan
pengamal perubatan swasta (PPS) bagi meluaskan lagi capaian pemberian dos penggalak
(booster dose) ke seluruh negara.

Sehingga hari ini, lebih 3,699 PPS telah berdaftar dengan ProtectHealth dan 2,352 beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Program Imunisasi Covid-19 Remaja (PICK Remaja).

Memandangkan pelaksanaan pemberian dos penggalak akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di
bawah penyelarasan ProtectHealth, ProtectHealth kini dalam usaha meningkatkan jumlah ini dan amat menggalakkan semua PPS yang berminat untuk menyertai PICK sebagai PPV untuk berdaftar di laman web ProtectHealth (www.protecthealth.com.my).

Bagi PPS yang telahpun menyertai taklimat, dan latihan serta bersedia boleh memaklumkan kepada
ProtectHealth melalui Vaksin Control System (VCS) yang boleh dicapai di laman web ProtectHealth yang telah dibangunkan bagi memulakan operasi sebagai PPV.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr Anas Alam Faizli berkata, ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta akan terus komited membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan dan memperluaskan capaian vaksinasi dalam pemberian dos penggalak (booster dose).

Sehingga 20 Oktober 2021, ProtectHealth telah berjaya menyumbang sebanyak 48% vaksinasi bersamaan 23,017,792 dos dalam PICK.

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button