NasionalPolitik

PRN Sarawak: Kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah membimbangkan calon

PERATUSAN pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 18 Disember yang dijangka rendah membimbangkan calon yang bertanding.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang paling muda, Azizul Annuar Adenan berkata, kekangan pengangkutan dan logistik selain pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dijangka memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi seperti yang berlaku pada PRN Melaka baru-baru ini.

Memetik laporan BH Online, beliau memang menjangkakan peratusan keluar mengundi rendah berdasarkan apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini  di mana peratusan keluar mengundi amat rendah sekali.

“Saya menjangkakan (perkara sama) akan turut berlaku di Sarawak lebih-lebih lagi negeri ini berdepan kekangan logistik, pengangkutan dan pelaksanaan SOP,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online

Namun nak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu menegaskan, GPS akan menggunakan semua jentera parti untuk memberi keyakinan dan membawa pengundi keluar mengundi pada hari berkenaan.

Azizuk juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat membantu memastikan pengundi keluar mengundi pada hari pengundian.

.

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button