Nasional

PRN Sarawak: 86% keluar mengundi awal

PENGUNDIAN awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 telah ditutup dengan jumlah peratusan yang keluar mengundi ialah 86 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berdasarkan statistic keluar mengundi awal bagi PRN Sarawak kali ini, setakat pukul 3 petang tadi adalah seperti mana yang dinyatakan di atas.

Bernama melaporkan, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, Panglima Tenter Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha adalah antara yang terawal melaksanakan tanggungjawab mengundi hari ini, hari pengundian awal di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Antara yang turut mengundi awal di lokasi yang sama ialah Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan isteri, Datin Sdafra’ Ahmad serta Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa dan isteri, Datin Norziati Othman.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata antara yang mengundi di Dewan Pahlawan Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Batu Kawa.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh turut hadir meninjau proses pengundian awal di beberapa lokasi seperti Dewan Bukavu Kem Penrissen, antara pusat undi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim turut dilihat berada di DewanBukavu Kem Penrissen pada pukul 10 pagi tadi. – SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button