Belang Bertempat

Tuduhan Lim Guan Eng Ismail Sabri gagal sebagai PM

Oleh SAIFUL BAHAR ARSHAD

BEKAS Menteri Kewangan dan juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan ini merupakan satu kerajaan yang gagal dan sama seperti kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lim Guan Eng (LGE) menggunakan strategi yang sama terhadap Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin.

LGE berkata, ada 5 kegagalam PM DSIS walaupun pencapaian 100 hari Kerajaan ini diletakkan di paras 90% iaitu satu paras yang amat cemerlang.

Lima perkara kegagalan PM DSIS adalah seperti berikut:

(i).  Kegagalan pertama, Kerajaan ini gagal mengambil tindakan yang cepat bagi memulihkan ekonomi rakyat jelata (out of recession), menyebabkan harga barang kini melambung tinggi seperti daging dan sayuran.

(ii).  Kegagalan kedua ialah Kerajaan Gagal melakukan penguat-kuasaan SOP mengenai Pandemik Covid tanpa sebarang rasa takut atau pilih kasih, yang telah menyebabkan Kerajaan kehilangan lebih daripada RM500 billion dari segi ekonomi negara.

Sebagai contoh pemberian discount 80% kesalahan trafik oleh PDRM di KLCC. Ramai yang berkerumun dan melanggar SOP. Penganjur hanya di saman RM1,000 sahaja. Terlalu kecil berbanding dengan denda saman kesalahan sebelum ini.

(iii). Kegagalan ketiga PM DSIS ialah perlantikkan politik Menteri, Duta Khas dan Penasihat Khas Perdana Menteri yang terlalu ramai.

Lim Guan Eng berkata, mereka ini beri gaji yang besar, kenderaan kerajaan yang mewah tetapi Kerajaan hanya mendapat pulangan yang sedikit.

Manakala, Ahli-Ahli Parlimen penyokong Kerajaan dan Ahli-Ahli Politik yang menyokong PM DSIS di lantik pula menerajui Syarikat GLC Kerajaan, mengawal-sedia dana berbilion ringgit.

(iv).  Kegagalan keempat Perdana Menteri ialah Kerajaan ini Gagal menghuraikan plan yang jelas untuk menyelesaikan masalah internet coverage yang lembab di setengah-setengah tempat di negara ini. PM juga gagal untuk melakukan program yang terbaik untuk 5 G.

(v).  Kegagalan kelima ialah Wawasan Aspirasi Keluarga Malaysia, yang di ilhamkan oleh PM DS Ismail Sabri, hanyalah bertujuan mendapatkan sokongan politik daripada pengundi-pengundi Melayu tanpa mengambil peduli tentang kepentingan orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai contoh, Lim Guan Eng kritik halangan untuk membuka kedai-kedai lotery judi 4D dan penjualan arak di Negeri Kedah.

LGE kata, ini merupakan dasar-dasar extremist (keterlaluan) oleh parti PAS di Negeri Kedah, yang menyinggung perasaan orang-orang bukan Islam.

Dasar-dasar ini menghalang kehidupan kebiasaan orang-orang bukan Islam, menyebabkan mereka merasakan bahawa mereka ini di pinggirkan dan berada sebagai second class citizen (warganegara kelas kedua).

BAGI MENJAWAB TUDUHAN-TUDUHAN LIM GUAN ENG

5.  Lim Guan Eng menuduh Kerajaan ini lambat bertindak untuk memulihkan ekonomi negara, menyebabkan harga barang rumah melambung naik.

Sebenarnya Kerajaan DS Ismail Sabri, dalam masa 4 bulan ini telah mengambil perbagai tindakan pro-aktif untuk memulihkan ekonomi rakyat jelata.

Pelbagai program telah di buat oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membantu rakyat luar bandar.

Dan yang paling penting, Kerajaan ini telah memperkenalkan satu bantuan baru iaitu, BANTUAN KELUARGA MALAYSIA.

Bajet 2022 yang baru sahaja lulus di Dewan Rakyat, telah memperuntukkan penerima satu Keluarga yang mempunyai 3 anak atau lebih dan pendapatan keluarga kurang daripada RM2,500-00, akan menerima bantuan tunai sebanyak RM2,000-00.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan membantu lebih daripada 9.6 juta penerima dengan bantuan berjumlah RM8.2 bilion ringgit.

Bantuan daripada Jabatan Masyarakat pula di tambah lagi dengan peruntukan RM2.4 billion ringgit, untuk 440,000 keluarga yang memerlukan bantuan ini.
Keluarga yang mendapat pendapatan RM1,169-00 kebawah, layak menerima bantuan ini. Sebelum ini kelayakan berada di paras RM980-00 kebawah.

Manakala peruntukan sebanyak RM25 juta runggit di peruntukkan untuk anak-anak yang menjadi yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka akibat Pandemik Covid. Ini akan di kendalikan oleh Yayasan Keluarga Malaysia.

Sesungguhnya pelbagai bantuan samada tunai dan lain-lain lagi, sedang dan akan di laksanakan oleh PM DSIS melalui Bajet 2022 yang baru di luluskan.

Sesungguhnya juga, sedikit masa di perlukan bagi Kerajaan ini melaksanakan bantuan dan program-program tersebut mulai Januari 2022 tahun hadapan.

Keperihatinan Kerajaan Ismail Sabri menjangkau jauh sehinggakan anak-anak yatim akibat kehilangan ibu dan bapa akibat Pandemik Covid juga di berikan perihatian.

Peruntukan ini, sebahagian besarnya adalah untuk memastikan pendidikan anak-anak ini di peringkat Sekolah dan Universiti tidak terganggu.

Walaupun kehilangan Ayah dan tempat bergantung hidup, Kerajaan PM Ismail Sabri berusaha untuk mengalas tanggung-jawab ini, memastikan anak-anak syurga ini di jaga dan di berikan bantuan pendidikan sepenuhnya oleh Kerajaan yang amat mengambil berat mengenai kehidupan mereka.

  1. Perkara Kedua, Kerajaan ini Gagal menguat-kuasakan SOP ketika Pandemik ini.

Kejadian di KLCC sudah di ambil tindakan dengan menutup Kaunter pembayaran saman tersebut. Sambutan yang luar biasa dari Rakyat terhadap tawaran ini, adalah satu kejadian di luar jangka.

Terkini, Saman discount 80% peratus boleh di bayar di ATM Bank dan counter-counter JPJ seluruh Negara dan masa discount juga telah di panjangkan kepada 31 Disember 2021.

  1. Ketiga, perlantikan Menteri, Duta Khas dan Pegawai Khas yang terlalu ramai.

Ini juga adalah tidak benar.

Kerajaan PM Ismail Sabri melakukan perlantikan Menteri Kabinet dengan jumlah yang lebih kurang sama dengan Kerajaan Pakatan Harapan ketika mereka memerintah pada bulan Mei 2018.

Manakala, Perlantikkan Duta Khas adalah perlantikkan biasa yang di buat oleh mana-mana Kerajaan Malaysia sebelum ini.

Tun Samy Velu selepas bersara dari menjadi Menteri pun pernah di lantik sebagai Duta Khas ke Asia Tengah.

Kerajaan PH juga telah melantik kroni-kroni mereka dari parti DAP sebagai Duta Khas ke Negeri China, ketika mereka memerintah.

Mengenai perlantikan Pegawai Khas kepada PM ?

Mengata Orang. Tetapi dia yang lebih.

Kemungkinan Rakyat terlupa, Guan Eng ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan di MOF, di khabarkan telah melantik lebih daripada 20 pegawai-pegawai khas dengan membayar mereka gaji Gred JUSA C dan M 54 iaitu gaji di antara RM15,000-00 ke RM13,000-00.

Ini bermakna, perbelanjaan sebanyak RM260,000-00 sebulan atau RM3.1 juta ringgit setahun.

Lantikan secara kontrak ini, amat membebankan kewangan Kerajaan ketika itu.

Manakala di luar MOF, Guan Eng mendendangkan Lagu, Kerajaan Hampir Bangkup dan tiada duit.

8.  Keempat, Isu Internet Coverage dan 5 G. Ini sedang di usahakan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi.

Segala perancangan berada di landasan yang betul. Bersabar lah.

  1. Kelima, Isu Aspirasi Keluarga Malaysia PM Ismail Sabri hanya untuk memikat sokongan pengundi-pengundi Melayu tanpa mengambil peduli tentang kepentingan orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam. Terutama berkenaan dengan penutupan Kedai Lotery dan Perjudian 4 D serta larangan penjualan arak di Negeri Kedah.

Tuduhan Lim Guan Eng ini BUKAN SAHAJA SALAH TETAPI BERBAU RACIST PERKAUMAN.

Adalah tidak benar, Aspirasi Keluarga Malaysia ini adalah hanya untuk Orang-Orang Melayu.

.Ia berkonsep Keluarga untuk Semua Masyarakat Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Orang Asli, Nyonya Baba Melaka dan Semua Bangsa yang berada di Negara Malaysia ini.

Keputusan kerajaan Kedah berkenaan dengan tidak akan memperbaharui Lesen Kedai-Kedai Lotery Perjudian 4D adalah hak Kerajaan Negeri tersebut.

Di sebuah negeri yang mempunyai populasi Orang Melayu Islam melebihi daripada 90% peratus, kadang kala rakyat minoriti perlu akur dengan perundangan-perundangan yang di buat oleh Kerajaan Negeri tersebut (Kedah).

Dengan tertutupnya kedai-kedai Lotery 4D ini, tidak akan mengakibatkan hidup atau mati masyarakat Cina di Negeri Kedah. Ini cuma sebagai satu Hobi sahaja.

Remedi-nya ialah AT THE BALLOT BOX ataupun DI PETI UNDI.

Tidak Setuju ? Jatuhkan Kerajaan PAS Kedah pada Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Banyak perkara lain yang Orang-Orang Melayu di Negeri Kedah tidak setuju dengan masyarakat Cina di Kedah tetapi mereka bertolerasi dengan kehendak orang-orang Cina yang masih mahukan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, walaupun Negara sudah Merdeka lebih daripada 64 tahun.

KESIMPULANNYA:

  1. Kesimpulannya, Kerajaan 100 hari PM DS Ismail Sabri, bukan sahaja telah berjaya mengujudkan 500,000 peluang pekerjaan yang baru, bagi mereka yang hilang pekerjaan ketika PKP Lock-Down dahulu.

PM juga telah menjalankan pelbagai Program Kesejahteraan untuk Rakyat termasuk program pemulihan ekonomi bukan sahaja untuk negara tetapi untuk Rantau ASEAN.

Pembukaan semula sempadan dengan Singapura dan Jakarta adalah antara Langkah memulihkan Ekonomi Serantau dan memulihkan Sektor Pelancungan.

Travel Bubble untuk Pulau Langkawi hampir memulihkan Sektor Pelancungan Langkawi.

Tuduhan-tuduhan Lim Guan Eng adalah tidak berasas dan berniat jahat bertujuan untuk memancing pengundi-pengunci Cina agar menyokong parti DAP pada Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum ke 15.

Kegagalan-kegagalan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Malaysia adalah amat besar dan terus menerus berada dalam ingatan Rakyat Malaysia. – SM

Penulis, DATO’ SAIFUL BAHAR, merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Dalam Negeri (2004-2006) dan Pelajaran (2006-2008).

 Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018) dan telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 19 tahun di Putrajaya.

 Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik.

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button