NasionalPolitik

Bersatu sarawak akur jika tindakan dikenakan kepada ahli bertanding bebas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak sedia menerima dan akur dengan apa saja keputusan parti berhubung tindakan ke atas ahlinya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 tanpa kebenaran.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, ini kerana tindakan ahli yang bertindak bertanding terutama sebagai calon bebas  telah melanggar Perlembagaan parti.
Oleh itu katanya, mereka boleh dikenakan tindakan tegas termasuk membatalkan keahlian serta-merta.
Katanya, Bersatu Sarawak menyokong penuh keputusan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Pimpinan Tertinggi yang membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak kali ini.
“Oleh itu mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti termasuk penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Datuk Ali Biju, boleh berdepan tindakan disiplin seperti termaktub dalam perlembagaan parti.
“Apa tindakan yang bakal diambil akan diumumkan oleh (pimpinan) pusat dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bersatu yang berikrar akan memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawaj (GPS) bagaimanapun menyaksikan beberapa pemimpinnya bertanduing bebas.

Ini termasuk Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju  membuat kejutan dengan bertanding di DUN Krian sebagai calon Bebas.

Sebelum ini Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, telah menegaskan mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berdepan tindakan disiplin tegas termasuk keahlian boleh terhenti serta-merta.

Jaziri Alkaf berkata, Bersatu Sarawak kekal teguh dan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg bagi memastikan kemenangan besar GPS pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, ini demi meneruskan kesinambungan dan kepesatan pembangunan yang berjaya dilaksanakan selama ini.

Pada PRN Sarawak 18 Disember ini, Ali berdepan saingan empat penjuru menentang calon GPS, Friday Belik, Danny Kuan (PBK), dan Musa Dinggat (PSB).

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button